Berita

COVID-19: Kes baharu menurun kepada 19,378 hari ini – KP Kesihatan

- Diterbit 3 September 2021 9:47 AM MYT

KES baharu COVID-19 dalam negara, hari ini menurun kepada 19,378 berbanding 20,988 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Facebook dan Twitter berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,805,382 kes.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,613 kes, diikuti Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356).
bootstrap slideshow
Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 740 kes, Pahang (559), Terengganu (532), Melaka (399) dan Negeri Sembilan (270).

Tiga negeri kekal mencatatkan kes di bawah paras 100 iaitu Perlis dengan 80 kes, Putrajaya (41) dan Labuan empat kes.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas