Berita

“Kerjalah Adik WANI Sayang oii…” – ALIFF SYUKRI

|ALIFF Syukri menganggap tindakan Wani seolah-olah seperti mahu menjatuhkan nama baiknya. Semoga segalanya dipermudahkan.
- Diterbit 4 Disember 2020 10:49 PM MYT

PENDEDAHAN gadis obesiti, Wani Comel, 23, yang mendakwa dirinya ditipu dan dianiayai oleh seorang jutawan kosmetik menyebabkan ramai yang mengaitkan individu tersebut kononnya Datuk Seri Aliff Syukri. 

Aliff Syukri dalam kenyataan balasnya di instagram pula mendakwa tindakan Wani Comel itu seolah-olah seperti cuba menjejaskan reputasinya.

“Saya dah lama bagi tau dalam facebook saya yang saya buat bariatik pada Wani atas nasihat Doktor. Saya siap post pada tarikh 19 ogos 2019.

“Saya sertakan screenshot dari google dan gambar Wani di hospital. Benda dah lama kenapa la baru nak cerita. Ketinggalan ke awak…lain kali nak kenakan orang research habis2 ok…jangan separuh jalan….

“Ni saya cerita sikit je tau..nak tau details semua voice dan agreement kita tunggu isnin ni dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yg tak habis-habis ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Penatlah layan orang-orang ni. Saya nak niaga tau. Saya tak kacau orang,” tulis Aliff Syukri yang juga berharap Wani mencari kerja atau rezeki sendiri agar tidak terlalu mengharapkan bantuan.

ALIFF datang berjumpa dengan Wani Comel pada tahun lalu.

“Kepada wani terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya ? Kerjalah adik wani sayang oii..dah boleh jalan carilah rezeki…orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki utk keluarga,awak nak harap duit bantuan sampai bila???

“Sepanjang rawatan,kos semua saya tanggung,bayar coach theraphy kaki ….makan,tempat tinggal semua saya yang tanggung. Satu sen pun tak minta duit awak adik wani…jadi jangan menangguk di air yg keruh…. (kita lihat siapa yang kena saman) dan rasa ye korang tau kot siapa cucuk Wani ni kann.. korang rasa siapa??” Katanya lagi yang menganggap ada pihak yang menghasut Wani dalam mencetuskan isu ini.

Semoga segalanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas