Selebriti

Kerana Gegar Vaganza, masa Alyah bersama Ramli MS jadi terhad

Alyah bersama pengasas produk Kamya Glow
- Diterbit 29 November 2021 9:37 AM MYT

PENYANYI dan usahawan Datin Alyah mengakui ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS menjadi agak terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV) setiap tahun.

Alyah bagaimanapun menjelaskan, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim. Malah dia turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.

“Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dalam makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.

“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.

“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya.

DUTA Kamya Glow, Alyah bersama pengasas produk Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli.

Alyah ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.

Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Bintang asal Johor ini juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi Kamya Glow serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.

Sementara itu, Alyah ini juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.

“Rasa bersyukur sangatlah… pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga saya. Saya tidaklah penyanyi viral sana -sini.

“Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya yang bakal melancarkan single baru awal tahun hadapan.

ALYAH (tengah) bersama pengasas Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli (dua dari Kanan), duta Kamya Glow Dai Syed Dan Viviana Abdullah. Turut hadir penyanyi popular Ayu Damit dan jurumekap terkenal Bosco. 

Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.

Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.

Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram rasmi dan webiste www.kamya.my.

ALYAH bersama Erna Elliyana dan Dai Syed ketika sesi sidang media Majlis Pelantikan Duta Kamya Glow.

Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada.

Lebih menarik, pihaknya juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas