Berita

Keputusan permohonan temu duga Kursus SPAKK boleh disemak hari ini

- Diterbit 9 Februari 2021 9:21 AM MYT

SEMAKAN status keputusan permohonan tawaran menghadiri temu duga Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) Tabika atau Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi tahun 2021 boleh dibuat bermula hari ini.

Unit Komunikasi Korporat Kemas dalam kenyataan hari ini menjelaskan semakan boleh dibuat melalui portal sistem pengambilan Kemas menerusi laman web kis.kemas.gov.my.

Menurut kenyataan itu, calon yang layak menghadiri temu duga itu nanti akan dihubungi Kemas untuk urusan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian 03-8891 2682 bagi mendapatkan maklumat lanjut. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas