Selebriti

Kenapa Zaiton Sameon lebih selesa menjanda?

|Zaiton Sameon lebih selesa fokus ibadat|Zaiton bersama anak angkat kesayangan yang menjaganya|Sesiapa yang berminat boleh beli minyak wangi Zaiton Sameon di instagram @real_zaiton_sameon
- Diterbit 10 Jun 2020 4:30 AM MYT

SIAPA kata hidup solo tidak bahagia? Ini kerana bahagia itu kita yang tentukan. 

Begitulah pelantun lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon yang mengaku lebih selesa hidup tanpa lelaki walaupun ada yang cuba menawan hatinya. 

Zaiton Sameon lebih selesa fokus ibadat

“Tipulah kalau saya cakap tidak ada lelaki yang cuba mendekati saya. Bukanlah menolak jodoh, cuma buat masa ini saya lebih selesa dengan status sekarang.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Banyak masa saya habiskan  fokus kepada ibadat untuk bekalan akhirat.  

“Seronok bila dapat solat penuh dan mengaji. Rasa hidup ini lebih tenang. Apa pun yang terjadi, saya lebih relaks dan tidak stres.

“Iyalah.. Kalau duit banyak pun tetapi hati tidak tenang. Apalah ertinya hidup,” jelas Zaiton Sameon yang pernah dua kali berkahwin.

Zaiton bersama anak angkat kesayangan yang menjaganya

 

Kecewa

Zaiton juga meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dapat aktif menyanyi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun sudah banyak kelonggaran diberikan, namun golongan penyanyi belum boleh membuat persembahan kerana melibatkan khalayak ramai. 

“Sejujurnya memanglah saya agak terkilan kerana banyak undangan persembahan dibatalkan, namun saya sedar semua ini untuk kebaikan semua pihak.

“Untuk itu, saya sekarang aktif menjual minyak wangi Zaiton Sameon. Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan.

Sesiapa yang berminat boleh beli minyak wangi Zaiton Sameon di instagram @real_zaiton_sameon

“Walaupun pendapatan sekarang tidaklah sebanyak hasil undangan persembahan, saya bersyukur rezeki tetap ada,”  luah Zaiton Sameon yang popular dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar. 

Zaiton juga akan kembali menjual Rendang  Nasib air tangannya Julai ini – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas