Berita

Kenapa tak tegur bila PM pakai batik keluaran tempatan?

Siti Fitryah Harun
- Diterbit 29 Jun 2022 2:47 AM MYT

KECOH isu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenakan sehelai pakaian mewah dengan harga mencecah RM7,000.

Hal ini menyebabkan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda sekarang.

Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen yang menyarankan PM sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

DATUK Seri Ismail Sabri bersama pengasas raifili batik Siti Fitryah Harun.

Isu tersebut telah menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya https://vt.tiktok.com/ZSdKhuQUP/?k=1 MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.

Sebaliknya beliau seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan.

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.

“Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” pintas pengasas Raifili itu.

PM memilih batik Raifili ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.

Menurut Siti Fitryah lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Datuk Seri Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden.

PENGASAS jenama Raifili Batik, Siti Fitryah Harun, terharu dengan sokongan yang diberikan PM terhadap industri batik tempatan.

Malah mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.

“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia

“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang  https://1jutabatikpercuma.raifili.com . Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan.

“Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas