Berita

Kempen Ceria Rayakult, kembalikan semangat musim perayaan

SALAH satu daripada 36 lokasi edaran minuman Yakult secara percuma yang dilaksana melalui inisiatif Kongsi Kebaikan.
- Diterbit 1 Mei 2021 2:00 AM MYT

PENGELUAR minunan probiotik terkemuka dunia, Yakult kini tampil dengan Kempen Ceria Rayakult bagi mengembalikan keceriaan serta semangat perayaan di dalam kalangan rakyat yang ketika ini berdepan kebimbangan penularan kes COVID-19.

Kempen itu kata, Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam dan Sains Yakult Malaysia, Mazlyn Mena, dilancar sempena Ramadan serta Aidilfitri dengan tema, Ceria Rayakult dipilih bagi menyebar semangat positif kalangan pelanggan dan rakyat yang berdepan waktu sukar ketika ini.

Pada tahun lepas, katanya, mungkin ramai rakyat terkejut dan bersedih apabila terpaksa bergelut dengan situasi tidak diduga semasa menyambut Ramadan dan Syawal lalu.

“Jadi, tahun ini, kami berharap menerusi program telah diatur sepanjang Kempen Ceria Rayakult ini berlangsung mulai 12 April sehingga 23 Mei nanti mampu memberi sedikit senyuman untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Istimewa sempena kempen ini berlangsung para pelanggan setia Yakult boleh menebus Set Ceria Raya secara percuma dengan setiap pembelian produk Yakult dengan nilai minimum RM18.

Set Ceria Raya meliputi sampul dan poskad raya ‘habit tracker’ serta pelekat hiasan direka khas oleh ilustrator tempatan melalui Projek Sembang Sembang pastinya mencuit hati serta menggamit memori penerimanya.

Sementara itu, bagi menghangatkan lagi kempen tersebut kata Mazlyn, cabutan bertuah mingguan turut diadakan dengan tawaran hadiahnya berupa
kod tambah nilai TnG eWallet RM100 untuk lima (5) pemenang terpilih setiap minggu.

Selain itu, tiga pelanggan dengan penebusan Set Ceria Raya terbanyak sepanjang tempoh kempen berlangsung akan membawa pulang iPad Air 4.

“Yakult turut teruskan inisiatif Kongsi Kebaikan bagi tahun ketiga di mana minuman probiotik itu diberikan percuma 36 lokasi berbeza sepanjang Ramadan, sejajar dengan salah satu dari falsafah syarikat iaitu menyampaikan kebaikan kesihatan kepada semua, seperti diperkenal oleh pengasas Yakult, Dr. Minoru Shirota,” jelasnya.

Untuk rekod, minuman probiotik Yakult berfungsi memperkuat usus, iaitu tempat terletaknya 70% daripada sistem imun tubuh. Setiap satu botol mengandungi 30 bilion probiotik Shirota strain yang dapat hidup sampai ke usus.

Selain itu minuman Yakult juga dijamin Halal oleh Jakim dan dikilangkan di kilang Yakult Seremban, Negeri Sembilan. Setiap hari 40 juta orang di 40 negara dan wilayah seluruh dunia mengamalkan Yakult untuk menguatkan fungsi usus. – SYAHIDI BAKAR -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas