Berita

Kembara usahawan UiTM galak pelajar aktif

PELAJAR Kembara Usahawan UiTM Shah Alam bergambar bersama sebahagian anak yatim Panti Asuhan Mande Kanduang semasa mengadakan program di sana baru-baru ini.
- Diterbit 6 Disember 2019 11:28 AM MYT

PENGLIBATAN AKTIF. Bagi melatih dan memberi pengalaman kepada pelajar, Kembara Usahawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor mengadakan Program From Malaysia With Love: Helping people, changing live di Panti Asuhan Mande Kanduang, Bukit Tinggi Indonesia.

Program selama tiga hari bermula 22 November itu juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya masyarakat Indonesi selain membantu mereka melibatkan diri secara aktif serta mengendalikan program antarabangsa.

Pada program itu, seorang pensyara dan 30 pelajar daripada Kembara Usahawan (BHPD228A) UiTM Shah Alam terlibat. Turut sama tujuh wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Bukit Tinggi Indonesia serta 17 anak yatim Panti Asuhan Mande Kanduang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas