Berita

Kematian akibat COVID-19 di India sudah melebihi 60,000

- Diterbit 27 Ogos 2020 8:02 AM MYT

JUMLAH jangkitan COVID-19 di India kini mencecah 3,310,234 dengan angka korban seramai 60,472 pada Khamis, memetik data terbaru kementerian kesihatan negara itu.

Sebanyak 75,760 kes baharu dan 1,023 kematian dicatatkan dalam masa 24 jam yang lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut data itu lagi, terdapat 725,991 kes aktif sementara 2,523,771 kes sembuh.

Sehingga Rabu, sejumlah 38,576,510 sampel sudah diuji dengan 924,998 dilakukan pada Rabu.

Selama beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan India menumpukan kepada usaha meningkatkan ujian sampel. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas