Berita

Kejohanan Peringkat Akhir Malaysia Esport (MES) 2021 – 9 April 2021

MAJLIS Perasmian MES 2021 yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 23 Mac lalu.
- Diterbit 9 April 2021 1:18 PM MYT

KEJOHANAN Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang bermula sejak 24 Mac 2021 (pusingan kelayakan) telah sampai kemuncaknya mulai hari ini selama tiga hari.

Pengerusi Penganjur MES 2021 juga merupakan Pengasas THQ Esport Club Aimanhaq Zaharudin berkata, Kejohanan MES 2021 ini telah berjaya menghimpunkan lebih 2,000 atlet e-sukan negara dengan 16 pasukan dari setiap kategori berentap untuk acara Grand Finale.

Katanya, tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM100,000  akan menjadi rebutan dalam kalangan atlet yang bakal merangkul juara kejohanan ini.

“Sementara penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah pula bakal memenangi dua telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.

“Grand Finale akan buka tirainya dengan PUBGM pada hari pertama (Jumaat), manakala, FIFA 21 berlangsung pada Sabtu sebelum kemuncaknya iaitu acara Mobile Legend Bang Bang pada Ahad.

” Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 ini bakal menyajikan pelbagai kejutan buat para peminat
e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan kelayakan yang lalu,” katanya.

Selain itu, penganjur turut berbangga pencapaian kejohanan ini kerana telah berjaya menarik minat pasukan antarabangsa terkemuka seperti Todak.

Penganjur juga menjemput para peminat e-sukan negara untuk turut serta sepanjang Grand Finale kerana tips-tips dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberi oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.

Menurut Aimanhaq, penampilan lagenda bola sepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir Sabtu ini turut memberi gambaran sokongannya terhadap perkembangan e-sukan dalam negara yang kian mendapat tempat di hati rakyat.

Selain itu katanya, Artis tempatan yang terkenal dengan lagu bergenre balada ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali juga akan hadir bagi merancakkan lagi majlis penutup kejohanan MES 2021 yang bertemakan e-sukan bukan sekadar hobi pada Ahad ini. -SYAHIDI BAKAR -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas