Berita

Keistimewaan ikan bilis Labuan

IKAN bilis yang telah direbus dikeringkan di atas rak jaring yang dibuat khas.
- Diterbit 6 Disember 2019 8:29 AM MYT

TIDAK lengkap sajian nasi lemak tanpa ikan bilis goreng mahu pun sambal ikan bilis. Kerana ia merupakan sebahagian daripada ramuan lengkap hidangan istimewa itu.

Tahukah anda, usaha mendapatkan ikan bilis bukanlah kerja yang mudah berikutan bagi mendapatkannya, nelayan terpaksa ke tengah laut sama ada memukat mahu pun menjaring di kelong.

Labuan merupakan antara salah satu lokasi yang megeluarkan dan memasarkan produk ikan bilis di Malaysia.

Ikan Bilis Labuan terutama dari penduduk Kampung Bebuluh Laut sentiasa mendapat permintaan tinggi di negara ini terutamanya ikan bilis mata biru dan ikan kekek.

Proses penghasilan ikan bilis dilakukan dengan baik dan sempurna supaya kualiti yang dihasilkan sentiasa baik serta tahan lebih lama.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas