Selebriti

Keadaan ekonomi sukar, GOJO hadiahkan bonus RM250 kepada pemandu

Pradeep Kumar.
- Diterbit 31 Ogos 2021 8:46 PM MYT

SEMPENA ulang tahun pertama syarikat dan meraikan Hari Kemerdekaan, GOJO Malaysia menawarkan bonus sebanyak RM250 kepada semua pemandunya pada hari ini (1 September 2021).

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Pradeep Kumar, pemberian bonus ini adalah untuk membantu pemandunya yang terkesan akibat ekonomi yang sukar sekarang.

“Ini adalah hadiah bersempena hari kemerdekaan dan juga salah satu inisiatif kami untuk menggalakkan pemandu berusaha lebih gigih dan dapat membantu mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Kami tidak merungut dengan keadaan semasa sebaliknya terus mengambil langkah proaktif dalam memastikan perjalan syarikat terus berkembang dengan tenang dan stabil sejak setahun yang lalu.

“Kami juga telah menerima sokongan yang hebat daripada pemandu dan pelanggan dengan muat turun sehingga kini adalah sebanyak 175,000, menjadikan GOJO sebagai syarikat yang paling pesat berkembang di Malaysia,” ujarnya.

KETUA Pegawai Operasi GOJO, Pradeep Kumar.

Selain itu, Pradeep menerangkan, sepanjang tempoh pandemik ini, pemandu E-hailing telah menerima pendapatan yang rendah dan tidak setimpal.

Menyedari keperluan tersebut, GOJO telah mewujudkan sistem harga wajar dinamik yang memberi faedah kepada pemandu dan pelanggan.

“Pelanggan hari ini memahami perkhidmatan e-hailing dengan baik dan GOJO berusaha untuk melindungi persefahaman dan hubungan tersebut,” jelasnya.

Selain itu, Pradeep juga menjelaskan dalam tempoh setahun pertama beroperasi,  GOJO menawarkan potongan harga untuk perjalanan vaksinasi, tawaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memperkenalkan ciri teknologi keselamatan seperti amaran pengecaman wajah.

“Kami akan meneruskan strategi yang bermanfaat bagi pelanggan dan pemandu, dengan amalan pasaran beretika.

“Untuk perjalanan yang baik dengan tawaran yang lebih baik, sila muat turun http://onelink.to/gojomy “, katanya lagi. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas