Berita

KAWALAN, PENUTUPAN LALUAN KELUAR MASUK PUTRAJAYA BAGI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

- Diterbit 25 Mac 2020 7:58 AM MYT

Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil langkah kawalan bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menutup kesemua ‘laluan tikus’ yang menghubungkan Putrajaya dengan kawasan bersempadanan dengannya termasuk laluan ke Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong, Selangor.

Langkah ini adalah sebagai kawalan tambahan di samping kawalan dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan  pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pintu-pintu masuk utama Putrajaya.

I. Pemeriksaan di pintu masuk utama Putrajaya oleh PDRM & ATM:

1) Pintu 2A, Persiaran Utara – menghala keluar ke Hospital Serdang, Presint 12 (Ops Tutup Pintu 2A)

2) Pintu 3, Persiaran Utara menghala keluar Fasa 5/6, Presint 9 (Ops Tutup Pintu 3)

3) Pintu 4, Persiaran Barat – menghala keluar ke Cyberjaya Presint 7 (Ops Tutup Pintu 4)

4) Jalan Resam menghala keluar, Presint 11

5) Jalan Presint 14 menghala keluar, Presint 14 (Op Tutup Pintu 1)

II. Penutupan Jalan / Laluan Tikus oleh PPj : 

1) Jalan P5 menghala ke keluar/masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil

2) Persiaran Timur menghala keluar ke Desa Pinggiran Putra.

3) Lebuh Wadi Ehsan menghala keluar ke Desa Pinggiran Putra

4) Jalan Resam menghala keluar ke Puchong.

5) Jalan P11J menghala keluar/masuk Cyberjaya.

6) Lebuh Sentosa (dari Presint 11) ke Putrajaya.

7) Jalan P14 menghala keluar/masuk Sungai Merab Bangi

Sumber Perbadanan Putrajaya
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas