Berita

Kaukus Dewan Negara, SUHAKAM bincang isu hak asasi manusia

SUHAKAM melakukan kunjung hormat ke atas Rais di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara. SUHAKAM melakukan kunjung hormat ke atas Rais di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara.
- Diterbit 23 Disember 2020 6:27 AM MYT

KAUKUS Dewan Negara akan membincangkan perkara berhubung persoalan hak asasi manusia menerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat sebelum ia dibawa ke Persidangan Dewan Negara untuk pertimbangan kerajaan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbincangan tersebut akan dilakukan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

“Aspek yang menjadi perhatian ialah pemerkasaan ke atas SUHAKAM, isu pemerdagangan manusia, pengeksploitasian wanita dan kanak-kanak serta hak asasi yang meliputi semua komuniti di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Rais menerima kunjungan hormat daripada SUHAKAM yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Othman Hashim serta Pesuruhjayanya, Datuk Lok Yim Pheng, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan Jerald Joseph.

Kaukus Dewan Negara ditubuhkan selepas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara bermesyuarat pada 12 Disember 2019 seperti mana yang dilaporkan melalui kertas dewan DN2/2019 Penyata khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas