Berita

“Kau marah majikan, henyak barang orang buat apa?” Fynn Jamal kesal

- Diterbit 6 Februari 2021 11:24 PM MYT

KECOH dalam media sosial kononnya sekumpulan pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang mogok kerana tidak puas hati kepada majikan.

Video berdurasi 14 saat yang menunjukkan sekumpulan pekerja lepas geram kepada barangan pelanggan yang menggunakan perkidmatan mereka, tular dan menjadi perbualan ramai.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terbang Tunduk, Fynn Jamal turut bersedih dan berasa kesal dengan apa yang berlaku. 

“Kau marah majikan kau, kau nak mogok, kau nak hangin, kau nak tunjuk gangster, lantaklah. Tak ada kena-mengena dengan orang. Hak kau. Cara kau nak melampias marah mogok hangin gangster kau, itu terpulang kau.

“Tapi lampiaskan kat orang yanf kau marah la. Henyak barang orang buat apa?

“Elok orang kesian jadi pekerja teraniaya,

orang jadi meluat and worse terus rasa ah padanlah kau kena.

“Kau benci majikan, kau berhenti, settle.

“Ya, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)  ingat senang nak cari kerja ya. Jadu cuba sabar. Ada je orang sanggup kerja dengan  orang jahat asalkan tak diberhentikan kerja. kita teraniaya, pulun doa. 

“Paling mustajab weh doa-doa orang yang teraniaya ni. Tapi requirements kena cukup rukun Islam la. kalau solat pun ke laut pastu nak minta macam-macam, sediri la faham,” luah Funny Jamal menerusi Instagramnya.

Fynn juga meluahkan rasa simpati kepada peniaga-peniaga yang berusaha gigih membalut barangan yang dijual dengan baik demi mencari rezeki.

“Kami invest postage handling berbayar sedikit mahal dan tak pernah asal boleh. Tapi kalau macam ni lah cara kalian sampaikan pada customer, batu pun boleh terbelah.

“Aku tak boleh  bayang additional cost utk peniaga kecil-kecilan yang kena beli kotak milo dari kedai runcit. Hanya untyluk kena hambat camtu-camtu je.

“Kau kena aniaya. i get it. Sekarang kau aniaya kami pula. got it?” Luahnya lagi.

Semoga apa yang berlaku dapat diselesaikan secara baik. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas