Berita

Karnival SWIP buru bakat baharu SUKMA 2020

HASNUL FAIZAL
HASNUL FAIZAL
- Diterbit 19 Julai 2019 12:55 AM MYT

PUTRAJAYA – Setelah hampir 10 tahun tidak dianjurkan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bakal mengadakan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) secara dua fasa iaitu pada 27 hingga 28 Julai ini di Kompleks Sukan Setiawangsa dan November sekitar Wilayah Persekutuan.

Menurut Pengarahnya, Dr. Hasnul Faizal Hu­shin Amri, karnival sukan tersebut diadakan kembali kerana ia merupakan platform terbaik bagi MSWP mencari bakat-bakat baru untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 dan 2022.

“Objektif utama MSWP adalah menyediakan kejohanan yang kompetitif bagi sukan tempur di Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama ingin turut mempromosi dan mebudayakan sukan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan yang berumur 21 tahun ke bawah,” ujarnya.

Bakal diadakan secara dua fasa untuk anjuran tahun ini, fasa pertama memberi fokus kepada enam sukan tempur yang melibatkan sukan Karate, Silat, Wushu, Muay Thai, Tinju dan Taekwondo. Sementara fasa kedua pula akan fokus pada sukan berpasukan.

Dalam masa yang sama, MSWP ingin menyeru mana-mana pihak swasta yang ingin menaja dan memberikan sumbangan adalah dialu-alukan demi pembangunan dan kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan.

Kali terakhir Karnival Sukan Wilayah Persekutuan diadakan pada Jun 2009 yang melibatkan sebanyak 24 jenis sukan.

Seramai 650 orang atlet dari­pada Wilayah Persekutuan me­ngambil bahagian pada karnival yang dijalankan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas