Berita

Karnival Jualan Keluarga Peladang memanfaatkan 5,000 penduduk

ISMAIL (tengah) beramah mesra bersama pengunjung pada Karnival Jualan Keluarga Peladang yang diadakan hari ini. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 12 November 2022 10:31 AM MYT

SERAMAI kira-kira 5,000 penduduk di sekitar Bera menerima manfaat menerusi Karnival Jualan Keluarga Peladang yang diadakan di Dataran Kerayong, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa meninjau karnival tersebut serta beramah mesra bersama pengunjung dan melawat gerai pameran seterunya menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Jualan Keluarga Peladang.

Beliau berkata karnival anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ini merupakan pengisian bersama Karnival Anak Muda Gegor Bera dan antara matlamat utamanya ialah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat ekoran kenaikan harga barangan ketika ini.

“Di karnival ini, turut disediakan jualan produk jenama Peladang yang berasaskan makanan antaranya ayam, beras, minyak masak serta input pertanian.

“Paling istimewa, sebanyak 500 ekor ayam dijual dengan harga serendah RM8 pada waktu ‘happy hour‘ dan juga beras yang ditawarkan pada harga RM6 bagi satu beg lima kilogram. Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) turut menjual produk ikan segar beku Q-fish dengan tawaran harga menarik,” katanya yang turut mengharapkan Keluarga Malaysia untuk terus memberi sokongan kepada para peladang.

Terdahulu, pelbagai pameran dan jualan dengan penglibatan bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), NEKMAT, Agrobank dan penglibatan sama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas