Selera

Kari kepala ikan sedap dan murah, tarikan utama D’Warees Resipi

|||KARI kepala ikan D'Warees Resipi mendapat sambutan hangat||TARMIZI bersama Isteri dan anak mereka|TARMIZI sentiasa memastikan yang terbaik buat pelanggan
- Diterbit 22 Mac 2021 10:15 PM MYT

SEBUT saja kari kepala ikan, pastinya ramai penggemar akan membayangkan kesedapannya. Namun, ada yang berkira-kira kerana beranggapan harganya mahal.

Jangan risau, Restoran D’warees Resipi di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor menjadikan impian satu kenyataan.

Dimiliki oleh Ahmad Tarmizi Khalid dan isterinya Akmalzulaila Mohamad, Siapa sangka gabungan resipi turun-temurun keluarga, berjaya memikat ramai pelanggan untuk menikmati kari kepala ikan.

 

KARI kepala ikan D’Warees Resipi mendapat sambutan hangat

Bukan sahaja kari kepala ikan bersaiz ‘mega’ dan sedap sehingga menjilat kari, malah harganya murah dan mampu dimakan oleh semua orang.

“Antara kelebihan kari kepala ikan D’Warees Resipi adalah kami masak lima jenis kepala ikan misalnya ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong. Apabila air ikan-ikan ini bercampur, maka terhasillah rasa yang lain daripada yang lain.

“Kombinasi lima kepala ikan tidak akan sama dengan satu jenis kepala ikan. Tambahan pula, rempah ratus yang kami gunakan bercirikan keMelayuan.

“Rasa Resipi Melayu turun temurun ini jarang ada di tempat lain,” jelas Tarmizi yang sentiasa memastikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang.

TARMIZI bersama Isteri dan anak mereka

Menurut Tarmizi lagi, kepala ikan yang yang segar dan murah juga membuatkan pelanggan sering berkunjung ke D’Warees Resipi bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Kami sentiasa memastikan setiap hari kari kepala ikan yang dimasak adalah segar. Mereka yang suka makan ikan pasti akan dapat bezakan ikan itu segar atau tidak.

“Istimewanya, D’Warees Resipi memang menyajikan kari kepala ikan yang bersaiz besar dan segar, namun
harganya tidak mahal malah dijamin lagi murah berbanding tempat lain.

“Nak tahu, kadang-kadang harga yang kami tawarkan adalah serendah RM20 hingga RM65. Kari kepala ikan Mayong pula harganya boleh serendah RM15.

“Harga yang kami tawarkan memang sangat murah namun rasanya tetap sedap dan berkualiti.

“Alhamdulillah.. Setiap hari, saya dan isteri dapat menjual antara 50 hingga 70 ke¬tul kari kepala ikan,” ujarnya lagi.

TARMIZI sentiasa memastikan yang terbaik buat pelanggan

Manakala Akmalzulaila pula sempat berkongsi pengalaman ramai pelanggan meminta kari kepala ikan sebarat tujuh kilogram.

“Permintaan pelanggan tidak pernah mengecewakan. Pernah sekali, ada yang minta kari kepala ikan seberat tujuh kilogram.

“Jangan tak tahu, apabila saiz kepala ikan lagi besar, harga akan menjadi lebih rendah.

“Pendek kata, harga di sini sangat berpatutan. Kami mahu semua orang berpeluang makan kari kepala ikan di sini.

“ D’Warees Resipi, kari kepala ikan bukanlah terlalu mewah dan mahal, semua orang mampu makan.

“Saya tahu ada yang menganggap Kalau kari kepala ikan mesti harganya mahal. Namun jangan risau, D’Warees menawarkan harga yang sangat berpatutan. Ada jangan ragu-ragu untuk singgah di sini,” ujarnya lagi.

Bermula dengan berniaga di premis tepi jalan sejak tahun 2017, D’ Warees Resipi Kari Kepala Ikan telah berpindah ke lokasi baharu di Taman TTDI Jaya, Seksyen U2 kerana persekitaran yang lebih luas serta selesa.

Menu lain yang ditawarkan ialah kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas dan kurma daging.

Info:

D’ Warees Resipi Kari Kepala Ikan

Alamat: No.26, Jalan Opera A U2/A, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

No. Telefon: 017-3242140 / 017-3663987

Facebook: D’WAREES RESEPI

Instagram: dwareesresipi

Waktu Operasi: 6.30 pagi hingga 5 petang (tutup setiap hari Jumaat)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas