Utama

‘Kantoi’ curi motor di Hospital Ampang

SUSPEK curi motorsikal ditahan polis untuk siasatan lanjut.
- Diterbit 19 November 2019 6:12 AM MYT

PUTRAJAYA – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal yang dikatakan diparkir di hadapan Hospital Ampang dekat sini awal pagi tadi.

https://www.youtube.com/watch?v=S6AockRcvgo&feature=youtu.be

Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan pemilik motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15ZR V2 memegang baju suspek dan menyatakan dia ternampak suspek sedang membuka kunci mangga pada kenderaannya yang ketika itu sedang diparkir.

Mangsa turut menyatakan tidak akan memaafkan suspek terbabit yang kononnya memohon maaf atas kesilapannya itu.

“Aku tidak akan maafkan kau, kau tunggu polis sampai nanti . Aku banyak keja, anak bini aku semua menanti, kau buat hal pula dengan motor aku,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas