Selebriti

Kanak-Kanak Tidak Tahu Itu Jenayah Seksual – AWEERA

|AWEERA harap lebih banyak program untuk mendidik kanak-kanak untuk melindungi diri
- Diterbit 11 Julai 2020 4:20 AM MYT

PENYANYI rock Aweera akui sangat bersimpati dengan nasib kanak-kanak  menjadi mangsa jenayah seksual.

Lebih-lebih lagi, mereka tidak tahu apa yang diperlakukan terhadap mereka itu satu jenayah.

“Sebenarnya, ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual tidak tahu perbuatan itu menyalahi agama dan undang-undang.

“Jadi di sini dapat kita lihat kepentingan peranan ibu bapa dalam memberi pendedahan kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa perbuatan jenayah seksual.

AWEERA harap lebih banyak program untuk mendidik kanak-kanak untuk melindungi diri

“Mungkin ibu bapa boleh menghadiri seminar sebagai satu inisiatif untuk mereka tahu bagaimana mengelakkan daripada berlakunya kejadian jenayah seksual kepada kanak-kanak.

“Ini penting, agar kanak-kanak sedar dan seterusnya mengadu kepada orang dewasa sekiranya menjadi mangsa perbuatan seksual.

“Ini kerana sesiapa sahaja boleh menjadi pemangsa kepada jenayah seksual. Tidak ada personaliti tertentu untuk mengenali golongan ini,” jelas Aweera yang juga vokalis Pelita Lusoh. 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas