Selebriti

“Kalau ada rezeki juara, itu bonus” – Aweera

- Diterbit 30 November 2021 10:10 PM MYT

PESERTA Gegar Vaganza musim 8 (GV9), Aweera menganggap penyertaannya dalam rancangan hiburan realiti popular itu adalah medan untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada.

Bagi Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham,30, persaingan sihat dalam GV8 pastinya memberi pengalaman berharga sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Bagi saya GV ini adalah pertandigan yang berprestij. Ini kerana mereka yang terpilih sudah pun mempunyai pengalaman dan tahu selok belok dunia nyanyian. Mereka bukan calang-calang tau.

“Dengan adanya GV, ini adalah satu platform untuk para penyanyi yang pernah popular dulu dan ‘senyap’ untuk membuat kemunculan semula,” jelasnya yang popular dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi dan Romancinta.

Aweera berkata, kalah menang itu adalah adat dalam pertandingan.

“Apabila ditanya tentang hal itu, semua nak menang tapi saya sendiri berserah pada Allah. Kalau Ada rezeki jadi juara, itu bonus.

“Walaupun kami bersaing sesama sendiri, saya gembira apabila kami semua ibarat satu keluarga.

“Pengalaman berada dalam GV ini tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” luahnya lagi.

Dalam GV 8, Aweera berentap dengan para peserta lain seperti Datuk Fazley, Adibah Noor, Aliff Aziz, Suki Low Ani Mayuni, Nikki Palikat, Bandi Amul, Upiak Isil, Azan Scan, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario dan kumpulan Nico G. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas