Berita

K-KOMM: Berita palsu tular 28 Nov 2022

- Diterbit 28 November 2022 3:36 PM MYT

BERIKUT adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan kesahihan informasi berhubung empat bantuan kerajaan iaitu  Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar, Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Satu Keluarga RM900 dan Program Bantuan Makanan MyKasih seperti yang tular di media sosial.

MoF menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat melalui pengumuman dan sumber rasmi sahaja.

Orang ramai turut disaran supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya sentiasa merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas