Biz

Jus Qaswa sasar jualan RM9 juta

NOOR AZLINA menunjukkan produk jus Qaswa keluaran syarikatnya.
- Diterbit 27 Disember 2019 4:03 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Syarikat Evo Nutrition, melalui produknya Jus Qaswa mengunjurkan jualan sebanyak RM9 juta pada tahun 2020.

Pengurusnya, Noor Azlina Mohd. Lazim berkata, syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran itu menerusi beberapa strategi pemasaran serta kempen kesedaran kepada orang ramai terhadap produk ini.

“Pada masa sama, kami dibantu dengan kekuatan pasukan pemasaran dan juga ejen jualan dijangka turut memacu pertumbuhan jualan kepada syarikat pada tahun 2020.

“Kami sentiasa mencari peluang pembangunan ejen yang berpotensi dan sentiasa bersedia memenuhi keperluan permintaan pasaran,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Noor Azlina berkata, sepanjang tahun 2019, jus Qaswa berjaya merekodkan jualan RM5.4 juta dengan kekuatan hanya 50 ejen jualan namun telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kami optimis pasaran berteraskan produk makanan tambahan akan terus memacu jualan pada tahun 2020, walaupun ketika ini berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi.

Pada masa sama, kami turut akan membuat pengambilan ejen baharu tahun 2020 termasuk pemerkasaan ejen sedia ada.

Mengulas lanjut mengenai harga produk, Noor Azlina berkata, harga untuk sebotol adalah RM130 bagi kegunaan 20 hari manakala harga kombo iaitu dua botol pada kadar harga RM150.

“Walaupun ada dalam kalangan pelanggan yang mengamalkan pengambilan jus ini, kami turut menyarankan agar mereka menjalani pemeriksanaan kesihatan selain mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat,” katanya.

Kata Noor Azlina lagi, pihaknya turut membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang ingin menjual produk berkenaan.

“Kami tidak meletakkan sebarang syarat dan sasaran jualan kepada individu yang ingin menjadi agen, sebaliknya sekiranya mereka yakin dengan kekuatan produk, mereka akan dapat menjual produk ini secara ‘organik’ selain dapat meningkatkan pendapatan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas