Berita

Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta – Dr Adham

JUMLAH pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan semalam. Foto - Fail MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
- Diterbit 24 Jun 2021 4:02 AM MYT

SEBANYAK 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata sebanyak 252,773 dos diberikan semalam berbanding  250,529 dos hari sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas