Berita

Jual Chicken Chop, Fish and Chip RM5, usahawan muda dapat RM600 sehari

Muhammad faiz bersama hidangan yang sering menjadi pilihan pelanggan. Muhammad faiz bersama hidangan yang
- Diterbit 23 Disember 2020 4:09 AM MYT

INI satu lagi kisah kejayaan untuk orang muda di kota raya. Siapa sangka dengan mengambil konsep ‘jualan massa’, remaja berusia 20 tahun ini mampu mengutip jualan kira-kira RM600 sehari dengan berniaga makanan barat (western food).

Sejak mengumuman Program Usahawan Anak Muda Kota dan Wilayah Bebas Berniaga (WIBB) oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa banyak kisah-kisah yang memberikan inspirasi ini tular di kalangan masyarakat khususnya di Lembah Klang.

Bagi Pengusaha Kafe Mabapaku, Muhammad Faiz Mohd Shaari, 20, menyifatkan pengumuman inisiatif tersebut sebagai tepat pada masanya kerana ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Ia tidak sahaja kepada golongan pekerja yang terjejas, malah golongan pelajar turut merasai kesan ekoran pandemik tersebut.

“Melalui inisiatif yang diperkenalkan itu, saya menyahut seruan Menteri Wilayah Persekutuan agar peluang yang disediakan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya kepada Wilayahku di kedainya dekat Keramat Wangsa baru-baru ini.

Menurut Muhammad Faiz yang masih menuntut di peringkat Diploma dalam bidang Sains Sukan di Universiti
Selangor berkata, beliau terpanggil untuk berniaga makanan barat setelah melihat kepada keadaan semasa.

“Dari segi suasana dan pada zaman sekarang terlalu ramai yang tidak cukup wang untuk makan atau hendak makanan yang sedap tetapi kekurangan wang.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk berniaga makanan barat dengan harga yang murah kerana ramai yang
menyokong,” katanya.

Katanya, melalui inisiatif yang disediakan, beliau mahu memanfaatkan sepenuhnya dengan menyediakan hidangan tersebut dengan harga yang murah.

“Saya membuat sedikit kajian untuk mengurangkan harga bagi membolehkan lebih ramai yang datang untuk makan makanan barat dengan harga serendah RM5.

“Untuk hidangan barat seperti chicken chop, fish and chip, meatball, french fries, sup kambing dan sup ayam di jual dengan harga RM5 sahaja manakala Nasi Goreng Chicken Chop dijual dengan harga RM7,” katanya.

Jelas Muhammad Faiz, idea untuk membuka kedai menjual Chicken Chop berharga RM5 tampil setelah melihat
ada kedai yang menjual makanan itu dengan harga RM6 sebelum ini.

“Sekiranya boleh dikurangkan lagi harga, saya akan lakukan lagi kerana walaupun dijual dengan harga yang rendah, saya masih boleh meraih sedikit keuntungan dan membayar gaji pekerja,” katanya.

Muhammad Faiz, pada peringkat permulaan, beliau meletakkan sasaran jualan sekitar RM200 hingga RM300
sehari.

“Namun setelah dibuka sejak dua minggu lalu, purata jualan yang direkodkan adalah sekitar RM500 hingga RM600 sehari.

“Malah ada juga pelanggan yang datang makan berulang kali dan ia berkemungkinan kena dengan selera dan dalam masa sama harga yang berpatutan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas