Berita

JPJ WP Labuan lancar Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri 2019

BULAN KEBANGSAAN JPJ LABUAN
MOHAMMAD Afdhal (tengah) menunjukkan tekapan tapak tangan pada kain rentang bagi semua warga cemerlang JPJ WP Labuan.
- Diterbit 9 Ogos 2019 6:07 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Labuan (JPJ WP Labuan) melancarkan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri 2019 bagi memperingati dan menghargai jasa wira-wira negara dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air yang tercinta.

Pengarahnya, Mohammad Afdhal Mohd. Ruslan berkata,
antara pengisian majlis ialah melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan penguatkuasa di samping perarakan di kawasan pejabat serta membuat tekapan tapak tangan pada kain rentang bagi semua warga cemerlang JPJ WP Labuan.

“Diharapkan Pelancaran Bulan Kebangsaan ini dapat memupuk semangat cintakan tanah air dalam diri setiap kakitangan JPJ W.P Labuan.

“Ia juga merupakan satu insiatif bagi menggalakkan warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang seiring dengan dasar jabatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri 2019, Selasa lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas