Berita

Jom tulis dan menang sempena SHWP 2021

- Diterbit 13 Februari 2021 7:24 AM MYT

BERSEMPENA Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2021, Perpustakaan Kuala Lumpur menganjurkan Pertandingan Menulis Esei kepada seluruh warganegara Malaysia.

Pertandingan dengan usahasa s ama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar berumur 15 hingga 17 tahun (kategori A) dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas (kategori B). Bagi kategori A, tajuk mestilah berkisarkan

‘Kuala Lumpur yang harmoni, harapan dan impian saya’ sementara kategori B pula, ‘Inspirasiku untuk bandar raya Kuala Lumpur yang lebih sejahtera’.

Diingatkan setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja manakala sumber rujukan (bibliografi) penulisan esei hendaklah diletakkan pada muka surat terakhir esei.

Sementara itu, bagi kategori A, panjang esei mestilah melebihi 350 patah perkataan dan kategori B pula 1000 hingga 1500 perkataan.

Karya anda mestilah menggunakan format Microsoft Word (.doc) dalam jarak double spacing menggunakan jenis huruf Arial saiz 12.

Setiap karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan di mana-mana media cetak dan elektronik.

Penganjur tidak akan mengembalikan esei dan berhak mencetak esei-esei yang memenangi pertandingan.

Jangan lupa sertakan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel serta alamat di halaman pertama dan emelkan ke [email protected] sebelum tarikh tutup pada 15 Februari 2021.

Wang tunai dan hadiah lumayan menanti anda.

Untuk sebarang maklumat hubungi Encik Mohd Faizal atau Cik Nuur Syafirah Zulaika di talian 032612 3573 / 03-2612 3577.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas