Berita

Jom sertai Sukarelawan Wilayah Persekutuan, perangi COVID-19

- Diterbit 6 Jun 2021 7:00 PM MYT

WARGA Wilayah Persekutuan dan berusia 18 ke atas? Andalah yang kami cari!

Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan program Sukarelawan Wilayah Persekutuan atau dikenali sebagai PRIVO bagi membantu Warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawan.

PRIVO akan bertindak sebagai pusat penyelarasan kegiatan kesukarelawan di Wilayah Persekutuan.

PRIVO ini diilhamkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dan digerakkan secara bersama dengan semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

PRIVO akan berfungsi sebagai pusat koordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) yang menyelaras kegiatan kesukarelawan di Wilayah Persekutuan

Bukan itu sahaja, PRIVO turut melakukan pengumpulan dan pengagihan bantuan agar semua rakyat yang memerlukan tidak ketinggalan.

Sebagai permulaan, PRIVO akan menyelaraskan kegiatan kesukarelawan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan Inisiatif memerangi pandemik COVID-19.

Antara peranan PRIVO dalam membantu memerangi pandemik COVID-19 adalah Inisiatif Vaksinasi, Inisiatif Ujian Saringan COVID-19, Inisiatif Sanitasi dan Inisiatif Food Bank (bank makanan).

Pada masa hadapan, PRIVO akan menyediakan lebih banyak platform kegiatan kesukarelawan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak warga Wilayah Persekutuan.

Pendaftaran untuk menjadi PRIVO adalah terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

• Individu (berusia 18 tahun ke atas)
• Kumpulan NGO
• Kumpulan Organisasi Swasta
• Kumpulan Organisasi GLC
• Kumpulan Organisasi Agensi Kerajaan
• Kumpulan Institusi Pendidikan

Jom sertai PRIVO dan bersama-sama memerangi COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, boleh WhatsApp ke talian 01171107899 (Hotline PRIVO)

Jom daftar sekarang melalui link tersedia di bawah.

https://www.yayasanwp.org/privo

Facebook: Sukarelawan Wilayah Prihatin (@PRIVOWP)
Twitter : @PRIVOWP
Instagram: @PRIVOWP
Tiktok : @privowp
Youtube : PRIVOWP

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas