Berita

‘Jom Masyukk’ Alamanda tawar ganjaran Jongkong emas 200gm

KEMPEN ‘Jom Masyukk’ tawarkan ganjaran hebat kepada pembeli
- Diterbit 9 Oktober 2020 6:08 AM MYT

SEJAJAR dengan kempen ‘Jom Masyukk’, pusat beli-belah Alamanda menawarkan ganjaran hebat lebih RM200,000 termasuk jongkong emas (200 gm) dan rantai emas (35 gm) kepada pembeli bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, secara  keseluruhan, 53 hadiah hebat bakal dimenangi pelanggan bertuah yang berbelanja dengan jumlah minima RM300 dalam tiga resit dari mana-mana kedai terpilih.

“Resit tersebut perlu dibawa ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk mengesahkan penerimaan resit. Seterusnya, setiap pembeli diberi borang penyertaan ‘Jom Masyukk’.

“Acara pemilihan pemenang bertuah akan diadakan pada 28 November dan majlis penyampaian hadiah pula akan diadakan pada 3 Disember nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, ujarnya, pembeli juga boleh mendapatkan pelekat ‘Jom Masyukk’ percuma untuk dilekatkan pada cermin kenderaan supaya berpeluang memenangi baucar Dunkin Donut.

Katanya, pelekat berkenaan boleh diambil di kaunter pertanyaan Alamanda pada hari bekerja, antara pukul 12 hingga 2 petang.

“Kami sangat gembira untuk melancarkan kempen ini kerana pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

“Untuk suku akhir tahun ini, nantikan lebih banyak promosi menarik kerana Alamanda sentiasa menawarkan lebih banyak ganjaran kepada para pembeli,” katanya.

Beliau turut menambah, Alamanda telah meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat beli-belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter dalam usaha memastikan persekitaran yang bersih dan selamat kepada pengunjung.

SALAH seorang pembeli memasukkan borang penyertaan ‘Jom Masyukk’ ke dalam peti undi pada 2 Oktober lalu.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas