Berita

JOM LAYAN EMPAT FILEM BOLLYWOOD DI NETFLIX

GAMBAR- PINKVILLA
- Diterbit 23 Januari 2022 1:00 AM MYT

KUCH Kuch Hota Hai, Mohhabatein, Kaho Naa Pyaar Hai dan banyak lagi antara filem Bollywood yang kita sering tonton sejak dahulu lagi. Sebelum masuknya industri K-pop di negara kita ini, penulis yakin semuanya pasti layan filem-filem Bollywood. Kali ini, Wilayahku kongsikan antara empat filem Bollywood yang boleh anda tonton pada hujung minggu ini di Netflix.

#1 Haseen Dillruba

Pengarah: Vinil Mathew
Pelakon: Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Harshvardhan Rane

MENGGABUNGKAN elemen romantik, thriller dan misteri dalam satu naskhah, filem ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Rani dan Rishu yang berkahwin disebabkan percaturan keluarga. Namun perkahwinan tersebut tidak seindah dipertontonkan apabila si isteri mula jatuh cinta terhadap sepupu suaminya, Neel. Plot bertukar menjadi misteri apabila rumah mereka tiba-tiba meletup. Yang ditemui ‘selamat’ hanyalah sebelah tangan Rishu yang bertatukan nama ‘Rani’. Sejak kejadian tersebut, persoalan demi persoalan tercetus bagi mencari pembunuh dan dalang di sebalik kejadian tersebut. Rasai sendiri debaran filem ini di Netflix.

#2 Mimi

Pengarah: Laxman Utekar
Pelakon: Kriti Sanon, Pankaj Tripathi

MENGISAHKAN seorang wanita bernama Mimi yang sanggup menjadi ibu tumpangan kepada pasangan suami isteri daripada Amerika Syarikat, John dan
Summer. Bhanu yang merupakan seorang pemandu teksi merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mimi kepada John dan Summer. Mimi bercita-cita ingin menjadi seorang artis Bollywood terkenal seperti Priyanka Chopra tetapi mempunyai masalah kewangan dan akhirnya bersetuju untuk menjadi ibu tumpangan selepas mendapat tahu bahawa bayaran yang bakal diterima adalah sebanyak 20 lakhs. Namun, suatu hari perkhabaran daripada doktor yang merawat
kandungan Mimi telah membuatkan John dan Summer lari menghilangkan diri. Apakah yang diberitahu doktor? Saksikan di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

#3 Chhota Bheem Movies

Pengarah: Rajiv Chilaka, Binayak Das
Pelakon: Jigna Bhardwaj, Rupa Bhimani

SIRI animasi India ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Bheem bersama rakan-rakannya di kerajaan fiksi Dholakpur. Dalam siri ini mereka terlibat dalam melindungi Raja (Hindi untuk Raja) Indravarma dari Dholakpur untuk menyelamatkan kerajaan dari berbagai kuasa jahat. Bagi yang belum pernah menonton animasi India ini dan merupakan penggemar animasi boleh cuba menonton filem ini di Netflix.

#4 Tribhanga

Pengarah: Renuka Shahane
Pelakon: Kajol, Mithila Palkar, Tanvi Azmi

FILEM ini mengikuti perjalanan tiga generasi wanita dari satu keluarga iaitu Nayan, Anu dan Masya. Ketiga-tiga wanita itu diseksa oleh lelaki dalam hidup mereka atau telah menghadapi masalah tertentu disebabkan satu sama lain. Masha, anak perempuan Anu, mendedahkan bagaimana, walaupun sifat ibunya yang terlalu melindungi, dia dibuli di sekolah kerana reputasi Anu. Seperti yang dibincangkan beberapa kali dalam filem ini, Anu juga terlalu menyendiri dengan ibunya yang kini koma atas sebab sama. Pada akhirnya, semua tiga wanita belajar mengenai kepentingan mereka dalam hidup masing-masing.

-WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas