Berita

‘Jigsaw Puzzle’ di Pintasan Saloma bermula hari ini

- Diterbit 2 April 2021 6:44 AM MYT

SEMPENA Hari Kesedaran Autisme Sedunia, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjadikan Pintasan Saloma dengan pencahayaan baharu bertemakan ‘Jigsaw Puzzle’ bermula hari ini.

Penetapan tema adalah untuk menyokong serta memupuk kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia dan dunia agar lebih peka mengenai tahap kesihatan pesakit autisme.

“Orang ramai boleh hadir dan melihat keindahan tema pencahayaan ‘Jigsaw Puzzle’ dengan pelbagai warna di Pintasan Saloma bagi menunjukkan sokongan terhadap Hari Autisme Sedunia,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Walau bagaimanapun pihak PKB mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti sentiasa memakai pelitup muka serta penjarakan sosial.

Laluan penjalan kaki Pintasan Saloma sebelum ini manjadi perhatian ramai kerana turut dilengkapi sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikan rekaan sirih junjung khususnya pada sebelah malam.

Format pencahayaan juga boleh ditukar mengikut tema yang bersesuaian bagi meraikan sambutan hari penting atau perayaan seperti bendera Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Krismas dan sebagainya. DIANA SYUHADA- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas