Selebriti

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

|AYAH kepada Allahyarham Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin (duduk) memberi penghormatan terakhir. |
- Diterbit 19 Jun 2022 7:03 AM MYT

JENAZAH penyanyi dan pelakon terkenal, Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar,51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

AYAH kepada Allahyarham Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin (duduk) memberi penghormatan terakhir.

Selain ahli keluarga, antara selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Datuk M. Nasir, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Remy Ishak, Erul Samah, Sharifah Amani, Linda Onn, Suki Low dan ramai lagi.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles pukul 7.40 malam semalam, akibat kanser ovari tahap empat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas