Biz

“Jebat ni macam ‘bad boy’ sikit, ada aura” – Hazira

HAZIRA mahu produk Bumiputera terus bangkit
- Diterbit 18 Januari 2021 10:00 PM MYT

DALAM keadaan ekonomi semakin merosot akibat pandemik COVID-19, masih ada produk Bumiputera yang relevan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. 

Antaranya adalah minuman tenaga untuk lelaki keluaran Jamu Tun Teja (JTT) yang diberi nama Jebat.

Menurut pengasas JTT, Hazira Azihan Abd Wahab, idea ini timbul apabila sering melihat suami keletihan kerana bekerja tidak mengira masa.

“Tercetusnya idea untuk menghasilkan Jebat apabila saya selalu melihat Syuk (suami) selalu keletihan kalau kerja berterusan. Saya fikir macam mana nak maju dalam bisnes kalau tak kental.

“Saya sendiri adalah pengguna tegar Jamu Tun Teja. Tempoh 24 jam ibarat ‘nothing to me’. 

“Saya boleh kerja beterusan tanpa sempadan tetapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja saya, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya produk Jebat by JTT ini.” ujarnya mengenai produk berkenaan.

PRODUK minuman Jebat keluaran syarikat Bumiputera terus laris di pasaran

Menurut Hazira, keunikan produk Jebat ini berbanding produk di pasaran ialah ia mengandungi tiga bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki.

Ujarnya, kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan ‘Quality Over Produk’ yang hanya berlandaskan konsep ‘Hit & Run’.

“Jebat adalah minuman tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki dan ia mengandungi bahan-bahan herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, dan Madu Asli.

“Di samping itu, Jebat mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat,” ujarnya.

Mengenai pemilihan nama Jebat pula, beliau menyatakan dari segi konsep, ‘Jebat’ sangat berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan Kemelayuan demi memartabatkan sejarah nusantara. 

“Sejak awal tahun lepas lagi saya dah terbayang nama produk Jebat tu memang zasss! Kenapa bukan ‘Tuah’ sebab Jebat ni macam ‘bad boy’ sikit, ada aura dan karakter yang gagah.

“Untuk produk ini, saya berharap agar Jebat akan hit pada kali ini! Saya nak poduk Jebat diletakkan di Harrods!” ujarnya.

Minuman tenaga Jebat sudah mula dilancarkan sejak 13 Januari lalu dengan harga RM88 sekotak.

JTT selama ini dikenali sebagai produk berasaskan herba terbaik di Malaysia dan berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jenama ini telah diasaskan oleh Hazira bersama suaminya, Syukri Hassan yang juga selaku Presiden dan telah mula beroperasi sejak tahun 2017.

Selain Jebat, jenama JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita seperti Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series dan LAUT Spa Series.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi  Mira di talian +60175173053 atau boleh emel ke  [email protected] – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas