Berita

JAWI Food Bank sumbang 10,000 kampit beras untuk mangsa banjir

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) melepaskan bantuan kemanusiaan bencana banjir di Kompleks Islam Putrajaya pagi tadi. MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) melepaskan bantuan kemanusiaan bencana banjir di Kompleks Islam Putrajaya pagi tadi.
- Diterbit 15 Januari 2021 5:43 AM MYT

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Jawi Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan kemanusiaan bencana banjir di Pahang dan Kelantan dengan menyumbangkan kira-kira 10,000 kampit beras di kedua-dua negeri tersebut.

JAWI berkata, bantuan ke Temerloh, Pahang disalurkan pada 15 Januari dengan penghantaran bantuan keperluan asas berupa 5,000 kampit beras seberat 25 tan bernilai RM62,500.

“Bagi negeri Kelantan yang turut terjejas ekoran bencana banjir pula, penghantaran bantuan keperluan asas berupa 5,000 kampit beras seberat 25 tan bernilaiRM 62,500.00 pada 19 Januari ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Menurutnya, kedua-dua siri bantuan tersebut adalah susulan Misi Bantuan Kemanusiaan yang telah dilaksanakan melalui Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,Taman Sri Rampai, Setapak ke Chini, Pekan Pahang, pada 11 Januari lalu.

“Bantuan itu adalah kesinambungan misi sebelum ini yang dijayakan dengan kerjasama Jawi Food Bank bersama 19 buah agensi dan NGO yang lain.

“Penghantaran bantuan seperti beras, lampin pakai buang, kain pelikat, kain batik, telekung dan pelbagai keperluan harian mangsa banjir dengan nilai bantuan RM150,000 sebelum ini.

“Keseluruhan nilai bantuan yang terlibat dalam semua misi tersebut adalah berjumlah RM 275,000,” katanya – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas