Berita

Japen WPKLP anjur Bengkel Pemantapan Penulisan

PESERTA Bengkel Penulisan Berita mendengar ceramah yang diberikan. - Foto : Yang Azman Mohd Othman (Jabatan Penerangan)
- Diterbit 6 November 2021 8:48 AM MYT

BAGI memantapkan lagi pelaporan berita dalam kalangan warga kerja, Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Japen WPKLP) menganjurkan Bengkel Pemantapan Penulisan pada 28 Oktober lalu.

Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan WPKLP, Muhammad Zulhilmi Mohd Jalil berkata, bengkel sehari itu
merupakan platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada pegawai terlibat mengenai kaedah pelaporan yang tepat dalam melaksanakan tugas harian.

“Bengkel ini juga dapat membantu mempertingkatkan tahap pelaporan yang dihasilkan pegawai penerangan dalam penulisan berita bagi portal, Malaysia Aktif.

“Selain itu, ia dilihat sebagai inisiatif terbaik bagi membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang peserta,” katanya kepada Wilayahku.

Muhammad Zulhilmi turut berharap program seumpama itu diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memperkasakan kemahiran penulisan pelaporan yang baik.

Terdahulu, bengkel selama satu hari itu dimulakan dengan sesi tatacara penulisan berita yang disampaikan Penolong Pengarang Wilayahku, Nazwin Izan
Ahmad Nazri.

Seterusnya, sesi laporan GSPI serta penyediaan profil politik dan grading yang disampaikan pegawai penerangan terlibat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas