Selebriti

“Jangan sedih, pasti ada hikmah” – SYAFIQ FARHAIN

|SYAFIQ yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku
- Diterbit 18 Jun 2020 3:23 AM MYT

DI saat penggiat seni filem dan drama dibenarkan meneruskan penggambaran, ramai penyanyi mengeluh dengan nasib mereka yang belum boleh membuat sebarang persembahan. 

Penyanyi Syafiq Farhain menganggap ini satu dugaan besar yang tersembunyi hikmah di sebaliknya.

“Kami tidak ada persembahan pentas sepanjang bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) sehingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan )PKPP). Ini kerana itulah punca rezeki kami sebagai penyanyi.

“Namun, apa boleh buat, semua kena duduk rumah atau tidak berkumpul melainkan keluar untuk hal penting.

“Alhamdulillah..bila dah masuk fasa PKPP ni, pelakon dah boleh mula jalani penggambaran mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Namun, kami golongan penyanyi masih belum boleh buat persembahan di khalayak ramai. Sampai bila pun, saya tidak pasti,” kata anak Allahyarham penyanyi  Saleem kepada Wilayahku.

SYAFIQ yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, menganggap semua ini sebagai ujian. 

“Apa yang saya boleh cakap ini adalah satu ujian dan pengajaran buat kita semua supaya sentiasa menyimpan (duit).

“Sekiranya kita ada menyimpan mungkin kita tidak rasa terlalu beban dengan apa yang berlaku sekarang ini. Sesiapa yang tidak menyimpan tu dia akan rasa beban sangat. Iyalah.. tidak ada undangan.

“Jadi, saya berharap semua bersabar dengan apa yang berlaku. Insya Allah, suatu hari nanti bila semua dah okay, bolehlah kita cari rezeki seperti biasa.

“Sekarang apa yang penting kita perlu berkorban untuk mencapai kemenangan iaitu bebas dari Covid-19. Apabila kita dah menang nanti, semua akan kembali asal.

“Jangan sedih, pasti ada hikmah sebenarnya di sebalik apa yang terjadi. Misalnya ramai yang mencuba sesuatu yang baharu seperti berniaga secara atas talian. 

“Selepas kita bebas dari Covid-19, mungkin bisnes yang telah dibuat itu boleh dikembangkan lagi. Jadi, mereka ada dua sumber pendapatan iaitu menyanyi dan bisnes.

“Cuma buat masa ini kita harus bersabar. Insya Allah, akan sampai waktunya nanti,” luah Syafiq Farhain yang sedang mempromosi lagu Sakit Hati.  

Syafiq akan muncul dengan lagu baharu namun semuanya masih dalam peringkat perbincangan.

Lagu popular Syafiq sebelum ini adalah Sayang Maafkan Aku, Demi Setia dan Manis-Manis Cinta duet bersama Baby Shina.

Syafiq  juga berlakon dalam filem Hero: Jangan Bikin Panas. 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas