Selebriti

“Jangan putus asa hilang pekerjaan” – Fendy

- Diterbit 14 Jun 2020 9:50 AM MYT

AKTOR drama bersiri Mr. Grey, Fendy Bakry mengambil keputusan untuk berniaga kuey teow goreng sejak awal tahun ini dan meneruskannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya sudah lama saya memikirkan bisnes yang sesuai kerana kita tidak akan tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Dunia hiburan ini pula ada turun naiknya. Akhirnya saya menjadikan resipi kuey teow goreng untuk dikomersialkan.

“Saya sedar, bisnes makanan ini banyak saingannya. Namun saya yakin, kalau sedap dan disukai ramai, ia pasti bertahan lama,” ujar pemilik nama sebenar Mohd Affandi Nor Bakri, 31.

Nasihatnya kepada masyarakat di luar sana agar bersungguhsungguh untuk mengusahakan sesuatu yang mampu dijalankan biarpun bermula daripada idea yang kecil.

“Jangan putus asa apabila kehilangan pekerjaan kerana itu sebenarnya permulaan untuk anda mulakan bisnes,” ujarnya yang turut mempunyai pes masakan sendiri serta kedai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas