Selebriti

“Jangan percaya anasir negatif” – Amaris tolak fahaman antivaksin

- Diterbit 5 Jun 2021 4:00 AM MYT

PELAKON filem Ratu Kala Jengking, Putra Amaris,35, berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan fahaman golongan anti vaksin.

Ini kerana, golongan ini boleh mempengaruhi sesetengah masyarakat untuk tidak mengambil suntikan vaksin yang telah disarankan oleh kerajaan.

“Kalau kita tengok dari hari ke hari, kes COVID-19 semakin meningkat. Bayangkan, para petugas barisan hadapan sudah menggunakan tenaga secara maksimum demi kebaikan semua.

“Kebanyakan hospital sudah penuh, tidak cukup untuk menampung jumlah pesakit COVID-19.

“Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus cakna tentang vaksin. Jangan percaya anasir negatif dan jangan takut untuk ambil vaksin kerana itu untuk kebaikan kita juga.

“Hargailah usaha kerajaan. Vaksin ini adalah antara langkah terbaik untuk melindungi diri dan orang sekeliling kita.

“Kepada yang belum menerima vaksin, daftarlah untuk menerima vaksin. Dalam masa yang sama, terus amalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dengan sabun dan minumlah suplemen seperti vitamin c,” ujar Amaris yang aktif melakukan kerja-kerja amal membantu golongan yang memerlukan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas