Selebriti

“Jangan main-main dengan Ahmad Nawab”, wartawan popular Huzz bongkar rahsia

|HUZZ (hadapan) bersama teman-teman wartawan ketika Pra Tonton Konsert Tribute Datuk Seri Dr Ahmad Nawab di Istana Budaya baru-baru ini.|DATUK Jamal Abdillah |SENIMAN Negara
- Diterbit 2 Julai 2022 11:26 AM MYT

WARTAWAN hiburan popular, Huzz yang sering membuat liputan mengenai kerjaya Seniman Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab sejak awal 80-an, mengaku tokoh muzik itu seorang yang tegas dalam bekerja.

Menerusi Facebook, Huzz berkongsi cerita kisah Ahmad Nawab yang pernah menegur sikap penyanyi yang tidak membuat persediaan awal sebelum merakamkan lagu.

SENIMAN Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab (Kanan) berkongsi kisah dan pengalamannya dalam industri muzik.

“Dengan Datuk Seri Ahmad Nawab jangan main main! Perkara paling dimarahi jika artis tak buat persiapan awal sebelum masuk studio. Tak hafal melodi untuk ‘menjiwai’ lagu.

“Pernah ada seorang artis baru cuba nasib nak rakam lagu ciptaannya tetapi kemudian buat Ahmad Nawab marah!

“Penyanyi itu tak menyanyi ikut tempo lagu itu. Sudahnya disuruh balik!

“Itu antara kisah di depan mata Huzz di Studio Redifussion depan Hospital Kuala Lumpur, suatu waktu dulu. Siapa artis itu, biarlah rahsia,” tulisnya setelah menyaksikan pra tonton Konsert Tribute Datuk Seri Dr Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 30 Jun lalu.

HUZZ (hadapan) bersama teman-teman wartawan ketika Pra Tonton Konsert Tribute Datuk Seri Dr Ahmad Nawab di Istana Budaya baru-baru ini.

Menurut bekas pengarang Majalah URTV itu lagi, Ahmad Nawab juga sering memuji mendiang Broery Marantika yang popular pada era 70-an.

Katanya, Broery seorang artis yang sentiasa memberi komitmen dan cukup bersedia sebelum merakamkan lagu.

“Satu lagi pantang larang Ahmad Nawab (yang Huzz panggil Abang Mad), ialah artis yang keletihan bila nak masuk studio rakaman.

“Beliau pernah beritahu Huzz antara artis lelaki yang dilihat bersedia lagi bertenaga sebelum merakamkan lagu (ketika itu) ialah Mendiang Broery Marantika.
“Broery buat senaman dalam studio dengan skipping. Bila merakamkan lagu penuh bertenaga,” ujarnya lagi.

DATUK Jamal Abdillah

Konsert Tribute Datuk Seri Dr Ahmad Nawab yang bermula pada 1 hingga 3 Jun ini, dijayakan oleh Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Ramlah Ram, Shidee dan Wany Hasrita

WANY Hasrita
RAMLAH Ram
DATUK Khadijah Ibrahim
SHIDEE

Keoada yang belum menonton, Masih sempat beli tiket konsert yabg berharga dari RM 100 hingga RM 458.

Anda boleh membeli tiket di laman sesawang www.illasoticket.com atau menerusi talian 03-21706333. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas