Berita

Jalan Kuching ditutup setiap malam 1-8 Dis

- Diterbit 2 Disember 2020 7:44 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa Jalan Kuching akan ditutup pada setiap malam bermula 1 Disember 2020 hingga 8 Disember mulai jam 11.00 malam hingga jam 5.00 pagi.

Ekoran itu, Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut akan mengalami gangguan aliran trafik kerana penutupan kedua-dua hala pada setiap malam.

“Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan perparitan yang dilaksanakan menjadi punca kepada gangguan aliran trafik di lokasi berkenaan,” kata DBKL dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Berikutan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi kesemua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan kesulitan yang timbul kerana gangguan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas