Berita

Isu Aishah ‘blocked’ instagram, “saya tak nak perbesarkan isu ini” – Siti Nurhaliza

- Diterbit 18 Mac 2021 7:56 AM MYT

KECOH apabila penyanyi Aishah mengaku tidak sengaja menyekat akaun rasmi Instagram (IG) bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan dia sendiri tidak sempat untuk memegang atau memeriksa telefon bimbitnya.

Akui tidak dapat mencari akaun IG Aishah, Siti menganggap ia perkara yang biasa terjadi dan bukan satu isu untuk diperbesarkan kerana baginya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai.

“Saya sebenarnya tak nak perbesarkan isu ini sebab saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun (Aishah sekat) sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon.

“Tapi biasalah,  kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun IG orang. Bagi saya, itu perkara biasa. Mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.

“Bila saya baca (artikel Aishah), baru saya tahu fasal isu ini. Sebelum ini, saya cari pun tak jumpa (IG Aishah),” kata Siti kepada Wilayahku

Siti yang kini sedang hamil lapan bulan ditemui ketika majlis pelancaran single medley klasik Siti 1 dan produk minuman jeli berkhasiat ‘Aafiyah’ khas untuk kanak-kanak yang diberi nama Beaukids, di Skyglass, Cyberjaya.

Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat buah lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari

Baru-baru ini kecoh dalam media sosial tentang dakwaan mengatakan kononnya Aishah menyekat akaun instagram bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas