Berita

Istimewa sambutan Hari Krismas – Air Tangan Bonda

KEK BUAH
- Diterbit 25 Disember 2021 2:00 AM MYT

SEBUT sahaja sambutan Krismas, mesti anda terbayang Santa Claus dan hiasan pokok krismas. Namun, tidak dilupakan juadah makanan wajib semasa meraikan tradisi perayaan itu.

Kami pasti ada di antara mereka yang sudah ada perancangan menu untuk dihidangkan kepada tetamu tetapi masih ada juga mereka yang buntu.

Jangan bimbang! Edisi Wilayahku kali ini, kami bawakan dua menu pemanis mulut (dessert) di kongsikan oleh Datin Seri Shamsiah bersama Chef Hasna buat hidangan kepada tetamu semasa sambutan Krismas nanti. Selamat mencuba!

Kek Buah

BAHAN A
Tepung gandum
Cream of Tartars
Bicarbonate of soda
Buah-buahan campuran

BAHAN B
Marjerin
Gula halus
Telur
Esen vanila

BAHAN C
Gula kasar

CARA PENYEDIAAN
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula halus. pukul rata.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Kemudian, masukkan esen vanila.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan acuan B. Gaul hingga sebati.
6. Panaskan gula kasar dalam kuali dan kacau hingga mendidih dan berbuih. Tidak perlu masukkan air.
7. Setelah berbuih, tutup api dan masukkan ke dalam adunan kek. Gaul hingga rata.
8. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang untuk dibakar.
9. Kek buah-buahan siap untuk dihidang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas