Berita

ISTIMEWA RESIPI PERLIS SENTUHAN DATIN SERI SHAMSIAH

||
- Diterbit 23 Oktober 2021 1:30 AM MYT

KATA orang ‘nak pikat hati suami kena lah pikat perutnya dulu’. Tidak kurang juga buat isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin yang sentiasa menjamu suaminya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dengan air tangannya.

Edisi kali ini bawakan resipi istimewa sentuhan beliau yang diilhamkan dari Perlis buat semua pembaca akhbar Wilayahku.

GULAI BELANGKAS

BAHAN-BAHAN

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Daun kari

Bunga lawang

Kayu manis

Rempah kari ayam

Kerisik

20 ekor belangkas

CARA PENYEDIAAN

  1. Hiris dan kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  3.  Masukkan rempah yang dah bancuh dengan kerisik.
  4. Tumis sehingga pecah minyak lebih kurang setengah jam.
  5. Kemudian, masukkan santan dan belangkas.
  6. Tambah garam dan gula sedikit jika perlu.

LAKSA PERLIS

BAHAN-BAHAN

Bawang merah dikisar

Ikan kembung dikisar

Daun kesum

Bunga kantan

Cili kering dikisar

Asam keping

Garam

Serbuk perasa

Secubit belacan

Laksa

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus ikan kembung.
  2. Kisar bawang merah, cili kering dan ikan yang telah direbus.
  3. Masukkan sedikit air dalam kuali.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan serbuk perasa.
  6. Biarkan beberapa minit sehingga kuah menjadi pekat.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas