Berita

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan sinsing lengan memasak di DapurPrihatin

SHAMSIAH menyediakan makanan yang dimasak di DapurPrihatin untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar ibu negara pada Rabu. Shamsiah menyediakan makanan yang dimasak di DapurPrihatin untuk diagihkan kepada golongan
- Diterbit 10 September 2021 6:00 AM MYT

ISTERI kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin meluangkan masa memasak di DapurPrihatin.

Beliau yang tiba tanpa protokol dilihat tidak kekok ‘bersilat’ di dapur dan bertungkus lumus menyediakan juadah untuk sukarelawan dan golongan yang memerlukan melalui inisiatif tersebut.

Aktiviti ini merupakan yang pertama disertainya sejak Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 30 Ogos lalu. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas