Berita

Iran berjaya lancar satelit ‘Zol Janah’

- Diterbit 2 Februari 2021 2:11 AM MYT

IRAN berjaya melancarkan satelit ‘Zol Janah’ ke angkasa lepas, kata jurucakap Pertubuhan Aeroangkasa Ahmad Hosseini pada Isnin.

Pelancaran satelit penyelidikan itu julung kalinya menggunakan roket pembawa dilengkapi teknologi enjin bahan api pepejal paling berkuasa, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Satu kejayaan utama daripada pelancaran itu, Iran kini berjaya menghasilkan enjin bahan api padat paling berkuasa dengan kekuatan meluncur melebihi 750 tan, katanya.

Beliau berkata pengurangan kos, meningkatkan kelajuan dan kemampuan pelancaran menggunakan platform mudah alih adalah antara ciri utama pembawa satelit ‘Zol Janah’.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Brigadier Jeneral Amir Hatami dalam ucapannya sempena Hari Teknologi Angkasa Negara berkata, Iran bejaya membuktikan kemampuan dalam menguasai sains dan teknologi canggih. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas