Berita

Intan terus berbakti bersama KL

INTAN
- Diterbit 9 Januari 2020 10:35 AM MYT

PUTRAJAYA – ATLET futsal, Intan Sarah Anisah Zulgafli mengakui lebih bersemangat untuk melakar kejayaan bersama Pasukan Futsal Wanita Kuala Lumpur.

“Saya bersyukur kerana terpilih untuk saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2020. Semestinya saya tidak akan menghampakan pihak yang percaya dengan diri ini.

“Tahun lalu, MPFL mencatat rekod sebagai juara dan sudah semestinya kita akan cuba sehabis baik untuk mengekalkan kejuaraan tersebut,” ujarnya kepada Wilayahku.

Kata pemain kebangsaan ini, dia fokus untuk mengekalkan pencapaian yang diraihnya sebagai pemain terbaik MPFL 2019 musim lalu.

“Saya juga tidak mahu terlalu leka berada di tahap selesa tetapi ingin mencabar diri ke kejohanan yang lebih tinggi lagi,” ujar pemain berusia 21 tahun ini.

Terdahulu, Intan terpilih untuk terus kekal bersaing dalam MPFL bagi musim kedua. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas