Berita

Indonesia digegarkan dengan dua gempa bumi pagi ini

digegarkan dengan dua gempa bumi sederhana.
- Diterbit 3 Julai 2022 7:08 AM MYT

INDONESIA digegarkan dengan dua gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dan 5.0 skala Ritcher dilaporkan berlaku pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kejadian pertama berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 7.49 pagi dan seterusnya di Utara Sumatera pada pukul 8.10 pagi.

“Di Maluku, pusat gempa bumi terletak 0.9 darjah utara dan 126.2 darjah timur manakala di sebelah Sumatera terletak 4.7 darjah utara dan 96.2 darjah timur.

“Kejadian itu masing-masing berlaku pada kedalaman 129 kilometer (km) tenggara dari Bitung dan 69 km utara dari Meulaboh,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian tersebut. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas