Berita

“Hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh” – Izzue Islam

Izzue bersama Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah serta Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.
- Diterbit 14 Februari 2021 10:48 PM MYT

MENYEDARI kepentingan pelitup muka dalam memerangi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, selebriti popular Izzue Islam bersama pasukan Neutrovis telah menyerahkan 10, 000 kotak pelitup muka untuk golongan susah.

Sebagai duta pelitup muka Neutrovis, Izzue, 30, mengaku rasa berbesar hati apabila terlibat dalam program amal yang sangat bermakna baginya.

“Program amal ini sangat bererti buat saya. Keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila dapat berbakti kepada masyarakat.

“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, dalam norma baharu ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian. 

“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yg sedang jatuh. 

“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujarnya lagi.

Izzue bersama Datuk KK Chua menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.

Dalam majlis penyumbangan pelitup muka itu baru-baru ini, Izzue bersama Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah serta Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua mengunjungi Putrajaya menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.

IZZUE Islam antara artis yang sering terlibat dalam kerja-kerja amal. Semoga menjadi contoh kepada masyarakat.

Penyumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan petugas barisan hadapan.

Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota barisan hadapan dan golongan B40.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas