Fokus

Hidupkan kesenian di Kolam Biru, ubah wajah bandaraya

KAWASAN sekitar Kolam Biru akan dihidupkan dengan persembahan buskers dan lukisan mural. KAWASAN sekitar Kolam Biru akan dihidupkan dengan persembahan buskers dan lukisan mural.
- Diterbit 17 September 2020 7:49 AM MYT

PENGAYUH basikal dan pengunjung diharap dapat menggunakan sebaiknya laluan baharu sepanjang tiga kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di bawah projek River of Life (RoL) yang bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, laluan baharu yang menyediakan kemudahan kepada laluan berbasikal dan berjalan sambil menikmati pemandangan Sungai Klang itu selamat dilalui.

“Kita juga bercadang untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di sepanjang laluan tersebut dengan menambah kamera litar tertutup (CCTV) untuk pengawasan yang lebih optimum pada setiap ketika,” ujar beliau.

Tambah Nor Hisham, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), juga bakal melipatgandakan penguatkuasaan serta
melantik pemegang amanah bagi menjaga serta memelihara kawasan sekitar sebaik mungkin.

“DBKL juga akan mendekati masyarakat dengan membawa info kesedaran berkenaan vandalisme serta menyuburkan
perasaan sayang melalui hashtag #KLkitapunya,” ujar beliau yang turut mengambil pendekatan membantu agensi
berkaitan memantau golongan gelandangan serta individu kurang siuman yang sering tidur di bangku sepanjang laluan
RoL.

Dalam pada itu menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun, pihaknya berhasrat menghidupkan persembahan kesenian kawasan sekitar Kolam Biru (Blue Pond).

“Setakat ini, kita memang ada perancangan untuk membawa buskers menghiburkan pengunjung dan ia merupakan salah satu tarikan untuk menarik pelancong ke kawasan tersebut.

“Selain itu, dinding-dinding bangunan lama di sekitar laluan RoL juga telah bertukar wajah kepada lukisan mural hebat
yang mana pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk mengabdikan foto mereka di situ,” ujarnya kepada Wilayahku.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas