Biz

Hidangan Burger Ayam Portuguese

BURGER Ayam Portuguese yang dilancarkan oleh McDonald’s Malaysia baru-baru ini menyasarkan jualan 1.5 juta biji burger selama sebulan. Gambar - NAZIRUL ROSELAN
BURGER Ayam Portuguese yang dilancarkan oleh McDonald’s Malaysia baru-baru ini menyasarkan jualan 1.5 juta biji burger selama sebulan. Gambar - NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 4 Julai 2019 6:08 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Syarikat restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia menyasarkan jualan bagi hidangan terbaharunya, Burger Ayam Portuguese sebanyak 1.5 juta biji untuk tempoh empat minggu bermula 4 Julai ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, sasaran itu ditetapkan selepas mendapati sajian cita rasa Korea menerusi Spicy Korean Burger sebelum ini mendapat sambutan hangat.

“Kedua-dua hidangan ini diperkenalkan sempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia. Sebelum ini pun, beberapa sajian cita rasa menarik dari negara luar sepert i Brazil, Mexico dan Thailand dibawa khas kepada pelanggan,” katanya.

Menurut Melati, Burger Ayam Portuguese disajikan bersama sos piri-piri istimewa dan diapit dengan ban yang mengandungi emping cili terbaharu bersama campuran sayur-sayuran serta salad segar.

Ujar beliau, selain hidangan baharu itu, pihaknya juga akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ yang dinamakan Catching Nonando di mana pelanggan perlu menangkap sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata.

“Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portuguese bergantung pada bilangan Nonando yang ditangkap,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pelaksanaan cukai gula yang bermula 1 Julai lalu, Melati memberitahu, pada masa ini tiada perubahan harga pada setiap hidangan minuman di McDonald’s Malaysia.

“Sebab cukai itu membabitkan produk runcit seperti dalam tin dan botol. Minuman yang kami sediakan bukan sahaja di McDonald’s premis atau di luar runcit itu belum dikenakan cukai, sama ada akan masuk dalam fasa kedua, kami tidak pasti lagi jangka masanya.

“Tetapi kami sudah bekerjasama dengan rakan kongsi produk minuman antaranya F&N Coca Cola dan Nestle, kami sudah mula berusaha dengan mereka untuk menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan minuman bergula menerusi kajian dan pembangunan (R&D) serta sebagainya,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas